Friday, April 15, 2011

OBESITI KEGEMUKAN SERTA PENYAKITNYA LAWAN CANTIK KURUS MENAWAN


KENALI OBESITI SERTA PENYAKITNYA.
PENGENALAN
Obesiti diistilahkan sebagai lemak badan berlebihan sehingga mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan antaranya, tekanan darah tinggi, tinggi kandungan kolesterol di dalam darah, masalah jantung , stroke, diabetes mellitus, gout, dan osteoarthritis. Kita mungkin nampak sedikit berisi, tetapi adakah kita masih dalam kategori ideal? Ataupun sudah dalam lingkungan ‘Overweight’? atau yang lebih teruk lagi, obesiti? Klasifikasi ini ditentukan oleh Body Mass Index (BMI). BMI mengkelaskan individu itu berdasarkan berat badan dan ketinggian. Individu itu adalah obes sekiranya BMI individu tersebut melebihi 27.5.
Sila klik disini untuk mengetahui BMI anda dan rujuk jadual di bawah.
BMI*

Indikasi
Kurang daripada 18.5
KURANG BERAT 
Berat anda berada di bawah berat yang optimum
untuk tinggi anda .
Anda perlu menambah sedikit lagi berat badan.
18.5-22.9
NORMAL 
Anda mempunyai berat yang optimum 
untuk tinggi anda!
23-27.4
TERLEBIH BERAT 
Berat badan anda melebihi berat optimum
untuk tinggi anda. 
Anda mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 
Jadi, mengurangkan berat adalah satu idea yang bagus 
untuk anda.
27.5 dan ke atas
OBES 
Berat badan anda sangat melebihi berat yang optimum
untuk tinggi anda. Anda terdedah kepada risiko untuk
mendapat penyakit yang membahayakan kesihatan.
Berjumpalah dengan doktor anda untuk membantu
mencapai berat badan yang ideal!
*BMI untuk orang-orang Asia.

Obesiti juga memiliki beberapa klasifikasi atau peringkat yang lebih spesifik. 
Jadual dibawah dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO).
Jadual 2 : Julat BMI yang digunakan untuk mengkategorikan tahap
terlebih berat badan dan risiko mendapat penyakit yang berkaitan.


Klasifikasi WHO
BMI (kg/m2)
Risiko mendapat penyakit



Terlebih Berat
25-30
Sedikit meningkat



Obes
> 30




Kelas I
30-35
Meningkat dengan sederhana



Kelas II
35-40
Meningkat dengan banyak



Kelas III
> 40
Meningkat dengan sangat banyak




APA YANG MERUNSINGKAN KITA?
Berdasarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia merupakan Negara ke-enam kadar obesiti tertinggi diasia selepas, Saudi Arabia, UAE, Bahrain, Kuwait dan Jordan. Ini menempatkan Negara kita di no.1 antara Negara-negara ASEAN.
Untuk menonton sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan klik disini
Hal ini amat merungsingkan banyak pihak dinegara kita terutama sekali kementerian kesihatan dan barisan ahli perubatan di seluruh Malaysia. Kerisauan ini berakar umbikan – obesiti berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Sekarang kita sudah begitu ramai dalam keadaan obesiti, maknanya dalam sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang, ramailah pesakit yang akan menghidap penyakit-penyakit kronik seperti yang tertera dalam jadual dibawah. Majoriti akan mendapat diabetes mellitus jenis 2.
KOMPLIKASI KESIHATAN YANG BERKAITAN DENGAN OBESITI
  1. Masalah psikologi
  2. Osteoarthritis of knees and hips
  3. Varicose veins
  4. Hiatus hernia
  5. Batu hempedu
  6. Komplikasi pembedahan
  7. Back strain
  8. Accident proneness
  9. Obstructive sleep apnoea
  10. Darah tinggi
  11. Sesak nafas
  12. Sakit jantung iskemia
  13. Strok
  14. Diabetes mellitus jenis 2
  15. Hiperlipidemia
  16. Ketaknormalan haid
  17. Meningkatkan morbiditi dan mortaliti
  18. Meningkatkan risiko kanser
  19. Kegagalan fungsi jantung
 
 Maknanya di sini, pihak kerajaan, ahli-ahli perubatan dan seluruh anggota masyarakat perlu berganding bahu dan mengorak langkah yang lebih berfokuskan kepada pencegahan (prevention), dan sebaliknya bukan pembaikpulihan (cure).  Daripada duit rakyat dibelanjakan untuk membina pusat dialisis dan klinik jantung, baik ia digunakan untuk pogram-pogram kesedaran kesihatan umpamanya. Saya berikan satu analogi yang cukup mudah:-
Kita menyalurkan air daripada paip ke dalam baldi. Sekiranya baldi itu sudah dipenuhi air.
Adakah   kita akan menambah baldi supaya air tidak melimpah jatuh membasahi lantai sebaliknya mengalir masuk kedalam baldi yang baru?
ataupun  dengan mudah kita mengunci paip tadi supaya tidak terus memenuhi baldi?
Samalah halnya dalam situasi obesiti. 

Jika kita dapat mengurangkan kadar obesiti, maka, kita mampu mengelak daripada klinik-klinik dialisis dibanjiri dengan pesakit diabetes. Justeru, kerajaan tidak perlu mengeluarkan berjuta-juta ringgit duit rakyat semata-mata untuk membina lebih banyak klinik tersebut demi menampung bilangan pesakit yang kian meningkat. Dengan hal demikian, kita semualah yang bertanggungjawab dalam memastikan hidup sihat diamalkan.

PENCEGAHAN
Pesakit  obesiti memiliki risiko yang tinggi untuk meninggal dunia, selalunya disebabkan oleh diabetes, penyakit jantung koronari dan strok! Semakin kritikal obesiti seseorang individu, semakin tinggi kadar morbiditi dan mortaliti. Daripada kajian yang diperolehi:
“Lelaki yang mempunyai berat badan 10% melebihi berat badan optimum mempunyai risiko kematian 13% lebih tinggi, manakala risiko kamatian untuk lelaki yang mempunyai berat badan 20% melebihi berat badan optimum adalah 25%. Peningkatannya lebih rendah di kalangan wanita, manakala bagi lelaki yang berusia lebih daripada 65 tahun, obesiti tidak menjadi faktor kematian.” – Clinical Medicine, Kumar & Clark, 7th Edition.
Maka, bagi individu yang mengalami obesiti adalah amat digalakkan untuk mengurangkan berat badan justeru dapat mengelakkan penyakit kronik dan seterusnya kematian.
Faedah yang diperolehi daripada berkurangnya 10kg berat badan dalam seseorang yang mempunyai berat badan 100 kg dan mengalami masalah kesihatan.

Mortaliti
20-25% berkurangnya risiko kematian.



30-40% berkurangnya risiko kematian berpunca daripada diabetes.



40-50% berkurangnya risiko kematian berpunca daripada kanser.


Tekanan darah
Berkurang sebanyak 10 mmHg (systolic dan diastolic)


Diabetes
Risiko menghidap diabetes berkurang > 50%



Turunnya 30-50% gula dalam darah ketika berpuasa



Turunnya 15% HbA1c


Lipid serum
Turunnya 10% daripada kolesterol total



Turunnya 15% daripada kolesterol LDL (kolesterol jahat)



Turunnya 30% daripada trigliserida



Meningkatnya 8% daripada kolesterol HDL (kolesterol baik)


Seperti yang telah dijelaskan, pencegahan daripada obesiti sebenarnya yang perlu kita titik beratkan, kerana kebanyakan mereka yang obes, mengalami kesukaran untuk mengekalkan pengurangan berat badan.  Berat badan mereka menjadi seperti yoyo, sekejap naik, dan sekejap turun.  Sungguhpun begitu, ada juga yang berjaya mengurangkan berat badan ke tahap ideal. Secara realitinya, kita boleh lihat mereka yang menjadi peserta rancangan popular “The Biggest Loser.” Maknanya di sini, tidak mustahil orang yang obes boleh menjadi kurus, tatapi untuk menjadi kurus kembali adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kecekalan dan semangat yang jitu. Perlu diingatkan,  menjadi kurus bukan untuk nampak cantik dan bergaya semata-mata, tetapi untuk sihat dan jauh daripada pelbagai penyakit, Untuk itu bagi anda yang sayangkan diri dan orang yang tersayang jangan buang masa lakukan mulai sekarang. Jika tiada langkah pertama tidak akan ada langkah yang ke seribu.

Bertindak sekarang, hargailah kebahagian dan kehidupan anda sekarang dan hari mendatang dengan kecerian bukannya beban atau kesengsaraan di sebabkan obesiti.

Dapatkan segera Produk NUR LIZZ 2 SLIMMING untuk masalah obes / kegemukan anda.
hubungi kami:
email: rusdi_nurlizz@yahoo.com
atau hubungi saya : En. Rosdi di talian 0123717540.

No comments:

Post a Comment